Janganlah engkau meninggalkan zikir kerana semata-mata engkau belum benar-benar ingat kepada Allah sewaktu berzikir, sebab kelalaianmu kepada Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalainmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.
Semoga Allah menaikkan derajatmu melalui zikir yang kamu lakukan dengan lalai, kepada zikir yang penuh sadar kepada Allah.
Kemudian ia meningkat pula kepada zikir yang penuh sadar serta ingat kepada Allah kepada zikir yang disertai rasa hadir.
Selepas itu ia terus meningkat daripada zikir yang disertai rasa hadir kepada martabat zikir sehingga lupa terhadap sesuatu selain Allah.
Hal yang demikian adalah tidak sukar bagi Allah.” (Kitab Al Hikam)